|
َلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
![]() Syariat didahulukan , mardhotillah diutamakan Apa komen anda ?
|
nukilan
dasar
khidmat
aktiviti
Hamba.}
Saturday, 20 June 2015 | 01:53 | 0Comment i Kerana cinta kau leka Kerana nafsu kau lupa Kerana hiburan kau lagha Kerana manusia kau jauh dari Dia Dalam dunia yang kau dakwa tak kekal lama Dalam dunia yang kau dakwa tiada guna kau leka Dalam dunia yang katanya mahu menambah saham buat ke syurga Dalam dunia yang kau mahu berjihad di dalamnya Sayangnya, Antara iman dan nafsu; tersungkur kau akhirnya bertuhankan nafsu yang hina ii Bukan manusia andai kau tidak terjatuh Bukan manusia andai kau tidak terluka Bukan manusia andai kau tak terhalang dengan satu rintangan pun Bukankah ujian itu yang menaikkan darjat hamba? Selagi Dia beri masa Selagi jalan kembali masih Dia buka Selagi Dia izin kau kembali padaNya. Bangkitlah -- jangan kau terus menetap di lubuk dosa. Kerana iman kau takkan sentiasa berada di tempat sama. Maka bersedialah dengan ujian ujian dunia. Mohonlah kekuatan dari Dia; Pemilik segala kekuatan. Kerana kadangkala dengan ujian, Kau lebih rasa makna manisnya iman. yang membawa kau lebih dekat dengan Tuhan. |


